Tuesday, April 14, 2009

Buku

Sejarah buku
Buku merupakan kepingan helaian kertas yang dibuat oleh pokok. Sebelum kemunculan buku, manusia telahpun memiliki cara untuk menurunkan tulisan. Pada awal tamadun, manusia pada lazimnya menurunkan tulisan mereka di atas batu, papan, dan juga di atas daun (misalnya daun lontar yang menjadi lambang DBP). Sehubungan itu, medium tulisan awal ini adalah bentuk proto bagi buku.
Cara-cara menggunakan buku
Buku juga digunakan oleh ramai orang di dunia. Ia boleh dipakai untuk menulis, membaca buku cerita, melukis di dalamnya dan juga membuatnya. Kami boleh nampak buku-buku di mana sahaja kerana ia digunakan oleh murid-murid, pekerja dan orang-orang biasa. Kadangkala, ada juga orang yang salah guna buku. Mereka akan membazir kertas-kertas tersebut dan tidak kesah sedikit pun. Inin boleh meyebabkan bumi kita menjatuh "sakit".
Cara menerbitkan buku
Sebuah buku harus melalui beberapa proses sebelum ia diterbitkan oleh penerbit. Peringkat terawal dalam penerbitan ialah perancangan. Pihak penerbit akan merancang apa yang harus diterbitkan. Dalam peringkat ini penerbit akan menentukan yang manakah manuskrip yang harus diterbitkan. Selepas itu, penerbit akan berunding dengan pengarang mengenai bayaran.