Tuesday, April 14, 2009

Buku

Sejarah buku
Buku merupakan kepingan helaian kertas yang dibuat oleh pokok. Sebelum kemunculan buku, manusia telahpun memiliki cara untuk menurunkan tulisan. Pada awal tamadun, manusia pada lazimnya menurunkan tulisan mereka di atas batu, papan, dan juga di atas daun (misalnya daun lontar yang menjadi lambang DBP). Sehubungan itu, medium tulisan awal ini adalah bentuk proto bagi buku.
Cara-cara menggunakan buku
Buku juga digunakan oleh ramai orang di dunia. Ia boleh dipakai untuk menulis, membaca buku cerita, melukis di dalamnya dan juga membuatnya. Kami boleh nampak buku-buku di mana sahaja kerana ia digunakan oleh murid-murid, pekerja dan orang-orang biasa. Kadangkala, ada juga orang yang salah guna buku. Mereka akan membazir kertas-kertas tersebut dan tidak kesah sedikit pun. Inin boleh meyebabkan bumi kita menjatuh "sakit".
Cara menerbitkan buku
Sebuah buku harus melalui beberapa proses sebelum ia diterbitkan oleh penerbit. Peringkat terawal dalam penerbitan ialah perancangan. Pihak penerbit akan merancang apa yang harus diterbitkan. Dalam peringkat ini penerbit akan menentukan yang manakah manuskrip yang harus diterbitkan. Selepas itu, penerbit akan berunding dengan pengarang mengenai bayaran.

Sunday, March 22, 2009

Menengah 2 Normal Akademik/Ekspress

Pada hari ini, saudara sebelah ibu saya mengajak kami ke pantai sekeluarga untuk menyambut hari jadi kakak saudara saya. Pada mulanya, saya berasa amat gembira sekali, kerana sudah lama juga saya tidak ke pantai. Jadi saya mula mencari baju untuk dipakai nanti. Saya terpekik-terlolong di bilik saya kerana tidak dapat mencari apa yang saya mahu. Saya dimarahi oleh bapa kerana sudah menjadi terlalu bising di bilik untuk mencari benda yang tidak begitu penting. Dia kata bahawa apa-apa baju/seluar boleh, asalkan ada benda yang mahu dipakai. Jadi saya memilih seluar pendek dan t-shirt sahaja. Ibu dan bapa saya keluar sebentar untuk membeli benda. Sambil menunggu, saya bermain komputer sebentar. Tidak lama kemudian, ibu menelefon rumah. Dia memberitahu saya bahawa kami tidak akan pergi ke pantai kerana bapa saya ada beberapa kerja yang mahu dihabiskan. Saat-saat itulah saya menjadi marah kerana tidak dapat meyambut hari jadi kakak saudara saya dan tidak dapat ke pantai. Jadi saya meletakkan telefon dan bermula marah-marah. Saya meminta izin daripada bapa saya untuk keluar dengan rakan saya supaya saya tidak membuang masa di rumah. Jadi saya dan rakan saya berjalan-jalan di Toa Payoh Central dan pulang beberapa jam kemudian.

Saturday, March 21, 2009

Menengah 2 Normal Akademik/Ekspress

Hari ini, keluarga saya ke rumah saudara sebelah bapa saya yang terletak di Jurong untuk mengadakan membaca tahlil dan perjumpaan keluarga. Sebelum azan maghrib berkumandang, keluarga saya berangkat ke rumah saudara saya. Kami tiba dan dengan cepat masuk ke rumah saudara saya kerana azan akan berkumandang tidak lama lagi. Selepas sembahyang maghrib, mereka bermula untuk membaca tahlil. Kebanyakkan kaum wanita meduduki di dalam bilik kerana di luar sudah penuh dengan kaum lelaki. Hampir-hampir jam untuk sembahyang ishak, baharu mereka habis membaca surah-surah tahlil. Selepas sembahyang ishak, kami di izinkan untuk makan. Saya tidak makan kerana petang tadi, baharu saya memakan nasi briyani. Pada jam 11 lebih, kami pulang ke rumah dan berehat.

Friday, March 20, 2009

Menengah 2 Normal Akademik/Ekspress

Hari ini, saya mengadakan pertandingan memanjat tembok. Saya berasa amat segan kerana ini kali pertama saya mengalami situasi yang begini. Ini juga kali pertama saya pergi ke pertandingan dengan sekolah kami. Rasanya amat gembra dan juga takut. Melihat kaum lelaki memanjat tembok tersebut membuat saya lagi takut/segan. Selepas menunggu untuk beberapa jam, barulah kaum wanita di izinkan untuk memasuki suatu bilik yang terletak di dalam pusat membeli-belah supaya kami tidak boleh tahu bagaimana cara perjalanan tembok itu. Beberapa jam kemudian, menunggu di dalam bilik itu membuat saya bosan dan lapar. Jadi saya berbual dengan rakan-rakan saya yang berada situ untuk menyokong saya. Ada seorang lelaki memanggil nama saya, dan saya tahu bahawa saya akan memanjat tembok tersebut tidak lama lagi. Saat-saatnya sudah datang, saya akan memanjat tembok tersebut. Rasanya tidak enak kerana inilah kali pertama saya memasuki pertandingan memanjat tembok. Saya tidak dapat memanjat satu tembok pun kecuali tembok nombor tiga kerana perjalanannya amat susah sekali. Akhirnya, saya henti memanjat dan membukak kasut panjat. Selepas itu, saya melihat sekeping kertas yang ditampalkan di "notice board" kerana keputusannya sudah dikeluarkan. Saya tidak dapat memasuki ke peringkat akhir dan itu tidak mengejutkan saya kerana saya tahu bahawa saya tidak membuat begitu bagus dalam pertandingan ini. Tetapi tidak mengapa kerana jurulatih saya kata bahawa tiada menang atau kalah, asalkan kami bahagia.

Tuesday, March 10, 2009

Cara-cara menjadi pengguna blogspot yang bertanggungjawab

Menjadi pengguna blogspot yang bertanggungjawab ialah ;
- kita harus hormat blog kita kerana orang-orang lain akan membaca blog kami.
- kami tidak boleh menggunakan kata-kata kesat, walau bagaimana marah kita berasa.
- kami juga harus menjaga reputasi orang lain kerana mereka juga ada perasaan tentang blog kita.
Kadangkala, bila kami berkata kata yang kesat, orang-orang yang membacanya akan berasa marah atau rasa yang dia yang salah.
Pada zaman sekarang, ramai orang suka "spam" blog-blog orang yang mereka tidak mengenali.
Kadang-kadang, ada juga yang akan tuka kata kekunci kami dan memakai blog kami seperti blog mereka sendiri.

Wednesday, March 4, 2009

Pengalaman Menghasilkan Blog Bahasa Melayu dan Perasaan Saya Menghasilkannya

Hari ini , kami mempalajari bagaimanakah untuk membuat blog . Pada pendapat saya , membuat blog ini tidak begitu susah kerana saya mempunyai sebuah blog . Jadi saya tahu bagaimanakah untuk meggunakan blog tersebut .