Saturday, March 21, 2009

Menengah 2 Normal Akademik/Ekspress

Hari ini, keluarga saya ke rumah saudara sebelah bapa saya yang terletak di Jurong untuk mengadakan membaca tahlil dan perjumpaan keluarga. Sebelum azan maghrib berkumandang, keluarga saya berangkat ke rumah saudara saya. Kami tiba dan dengan cepat masuk ke rumah saudara saya kerana azan akan berkumandang tidak lama lagi. Selepas sembahyang maghrib, mereka bermula untuk membaca tahlil. Kebanyakkan kaum wanita meduduki di dalam bilik kerana di luar sudah penuh dengan kaum lelaki. Hampir-hampir jam untuk sembahyang ishak, baharu mereka habis membaca surah-surah tahlil. Selepas sembahyang ishak, kami di izinkan untuk makan. Saya tidak makan kerana petang tadi, baharu saya memakan nasi briyani. Pada jam 11 lebih, kami pulang ke rumah dan berehat.

No comments: