Menengah 2 Normal Akademik/Ekspress
Pada hari ini, saudara sebelah ibu saya mengajak kami ke pantai sekeluarga untuk menyambut hari jadi kakak saudara saya. Pada mulanya, saya berasa amat gembira sekali, kerana sudah lama juga saya tidak ke pantai. Jadi saya mula mencari baju untuk dipakai nanti. Saya terpekik-terlolong di bilik saya kerana tidak dapat mencari apa yang saya mahu. Saya dimarahi oleh bapa kerana sudah menjadi terlalu bising di bilik untuk mencari benda yang tidak begitu penting. Dia kata bahawa apa-apa baju/seluar boleh, asalkan ada benda yang mahu dipakai. Jadi saya memilih seluar pendek dan t-shirt sahaja. Ibu dan bapa saya keluar sebentar untuk membeli benda. Sambil menunggu, saya bermain komputer sebentar. Tidak lama kemudian, ibu menelefon rumah. Dia memberitahu saya bahawa kami tidak akan pergi ke pantai kerana bapa saya ada beberapa kerja yang mahu dihabiskan. Saat-saat itulah saya menjadi marah kerana tidak dapat meyambut hari jadi kakak saudara saya dan tidak dapat ke pantai. Jadi saya meletakkan telefon dan bermula marah-marah. Saya meminta izin daripada bapa saya untuk keluar dengan rakan saya supaya saya tidak membuang masa di rumah. Jadi saya dan rakan saya berjalan-jalan di Toa Payoh Central dan pulang beberapa jam kemudian.
3 comments:
Jangan berasa maarah mushira sekurang-kurangnya awak dapat keluar dengan kawan awak.......
sekurang-kurangnya awak dapat keluar dengan kawan awak.:)
hello, bagusnye entri awak.
Post a Comment