Pantang larang Orang Melayu Tradisional.
Pantang larang orang melayu tradisional merupakan kepercayaan masyarakat melayu zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Kebanyakan adalah bertujuan untuk medidik masyarakat agar mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan. Apa yang disebut bukan untuk dipercayai tetapi untuk dihayati mesej yang tersembunyi di sebaik pantang larang yang telah diperturunkan secara lisan sejak zaman berzaman.
Pantang lantang ke atas perempuan.
Contohnya :1.
Dilarang meyanyi di dapur kerana dipercayai nanti kahwin orang tua.- Pantang larang ini dimaksudkan, apabila kita berada di dapur, janganlah menyayi kerana ini boleh menggangu jiran sebelah.
2.
Dilarang menjahit di badan, nanti tidak lepas hutang.- Pantang larang ini dimaksudkan bahawa jikalau kita menjahit di badan, takut tercucuk badan diri sendiri dan boleh mencederakan badan anda.
3.
Dilarang mencucuk jarum pada waktu malam, nanti didatangi sial.- Pantang larang ini dimaksudkan, apabila hendak mencucuk jarum, cucuklah pada waktu siang kerana cahaya matahari masih ada. Kalau mencucuk jarum pada waktu malam, sukar untuk mencucuknya kerana tiada cahaya matahari, dan anda boleh tercucuk jari sendiri.
4.
Dilarang meletak pinggan di tapak tangan ketika memakan, dikhuatiri nanti akan merampas suami orang.- Pantang larang ini dimaksudkan, apabila sendang memakan, jangan meletakkan pinggan di tapak tangan keran ia bersikap buruk. Sepatutnya, anda harus meletakkan pinggan itu di atas meja supaya senang untuk memakan.
5.
Dilarang pakai baju basah, nanti badan naik kurap.- Maksud pantang larang ini ialah, jikalau baju itu masih basah, janganlah memakainya. Apabila baju yang basah itu sudah kering, ia akan berbau.
6.
Pantang larang bangun lewat, nanti sukar mendapat jodoh.- Ini dimaksudkan bahawa jikalau anda adalah seorang wanita, janganlah bangun lewat kerana anda sepatutnya bangun awal dan menolong ibu untuk mengemas rumah dan memasak. Jika anda bangun lewat, ibu harus membuat benda-benda itu bersendirian.
7.
Dilarang makan berubah tempat, nanti bekahwin ramai.- Pantang larang ini dimaksudkan, apabila sedang memakan, jangan bertukar-tukar tempat kerana ia bersikap buruk. Kalau sudah duduk di satu tempat, duduk sahaja.