Tuesday, July 20, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KELIMA


Pantang larang ke atas lelaki.

1. Dilarang bersiul di dalam rumah, nanti ular masuk.
- Pantang larang ini bermaksud bahawa kita tidak patut bersiul di dalam rumah, tidak kira lelaki atau perempuan kerana bersiul itu akan menggangu jiran sebelah.


2. Dilarang mengintai orang mandi,nanti mata ketumbit.
- Pantang larang ini bermaksudkan bahawa seorang lelaki tidak sepatutnya mengintai orang yang sedang bermandi kerana ia bersikap biadap. Dia tidak memberi peribadi kepada orang yang sedang bermandi itu.


3. Dilarang tidur di tengah padang,nanti emak mati.
- Pada bila-bila masa, kita tidak patut tidur di tengah padang kerana jikalau cuaca sedang berhujan,anda boleh mendapat kejutan elektrik apabila ada petir. Juga, katil yang selesa sudah disediakan di rumah.


4. Dilarang ketawa pada waktu Maghrib, nanti hantu datang.
- Pantang ini bermaksud bahawa kami tidak sepatutnya berketawa pada jam-jam sembahyang kerana ia bersikap buruk. Kami patut menunggu untuk azan habis dan bersembahyang.

No comments: