Tuesday, July 13, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KEDUA


Pantang larang untuk mengandung.


Wanita-wanita yang hamil boleh mendapat pening kepala kerana banyak perkara-perkara yang sebelum ini menjadi kebiasaan terpaksa ditinggalkan dan pada masa yang sama amalan-amalan baru terpaksa diikuti. Mengidam berlaku kerana perubahan hormon pada awal waktu mengandung, mejadikan selera ibu menurun.

Contoh-contoh pantang larang mengandung :

1. Dilarang untuk mengumpat, membuat fitnah, iri hati dan juga bergaduh terutamanya dengan ibu mertua. Perbuatan tersebut dipercayai akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir. Ibu mengandung juga akan mengalami kesulitan semasa melahirkan anak. Yang sebenarnya, tujuannya larangan di sini adalah untuk melahirkan rasa hormat kepada orang tua dan selalunya ibu mertua turut menjaga dan membantu sewaktu dalam pantang.


2. Tidak boleh memukul atau mencederakan binatang kerana dikhuatiri akan menyebabkan anak yang bakal lahir cacat anggota badan.


3. Dilarang untuk keluar rumah pada waktu petang atau malam kerana dikhuatiri hantu akan mengusiknya.


4. Dilarang melihat gerhana bulan ataupun matari kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir akan cacat atau berkulit gelap.


5. Dilarang duduk di anak tangga kerana dipercayai perbuatan ini akan mendatangkan kecelakaan kepada ibu sewaktu hendak melahirkan anak.


6. Suami kepada ibu mengandung pula dilarang meniup seruling atau alat bunyi bunyian kerana dikhuatiri anak yang akan dilahirkan sentiasa menangis.


No comments: