Tuesday, July 20, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KEENAM


Makanan tradisional kaum Melayu.

Asal usul Rendang.


Rendang dikenali sebagai makanan tradisional Melayu di seluruh dunia. Tetapi, ramai tidak tahu daripada manakah ia berasal.


Sebenarnya, Rendang itu merupakan masakan asli yang diperkenalkan oleh masyarakat Minagkabau. Masyarakat mereka diperkenalkan sebagai masyarakat yang suka merantau dan berniaga. Kedatangan mereka ke Tanah Melayu sejak dahulu lagi dan mula bertapak di Negeri Sembilan. Maka, dari situlah rendal mula diperkenalkan. Rendang minang, ataupun Padang berwarna kehitaman dan boleh bertahan lama kerana ia menggunakan kerisik dan santan pekat yang agak lebih. Rendang begini selalunya daging buku.


Kerbau adalah salah satu daging yang gemar digunakan oleh orang-orang Minangkabau kerana kerbau begitu berharga memandingkan lembu. Cara-cara untuk bezakan rendang minang dan rendang Melayu ialah bau dan rasanya. Jikalau anda mahu memasak rendang yang boleh tahan lama, anda harus rendangkan dulu santan di bubuh bahan-bahan sehingga naik minyak. Kemudian, barulah anda memasukkan daging dan ramuannya. Rendang yang cepat basi adalah kerana percampuran air darah daging dan santan yang direndang tidak mengikut kaedah yang betul.

No comments: