Tuesday, August 24, 2010

Hari Keharmonian Kaum


Hari Keharmonian Kaum adalah hari yang disambut oleh ramai orang di Singapura. Singapura adalah sebuah negara yang ada beberapa kaum, seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain lagi. Ia selalunya disambut pada hari 21 Julai kerana pada tahun 1964, berlakunya sebuah rusuhan antara kaum-kaum yang berada di Singapura.


Ia juga merupakan hari bagi sekolah untuk merenungkan dan merayakan kejayaan Singapura sebagai bangsa-bangsa yang harmoni dan masyarakat yang dibina di atas kepelbagaian budaya dan warisan. Pelajar digalakkan untuk menggunakan kostum-kostum tradisional ke sekolah, seperti cheongsam, sari ataupun baju kurung. Kadang kala, guru-guru mereka akan membawa makanan-makanan tradisional, seperti kuih-muih ke sekolah untuk pelajar-pelajar yang tidak pernah memakan kuih tersebut. Walaupun kami mendatang daripada kaum yang berbeza, kami harus menghormati bangsa mereka dan mengambil tahu tentang kaum mereka dengan lebih dalam.

Monday, August 23, 2010

Dikir Barat


Dikir Barat adalah yang diubahsuai dan sekular versi zikir, yang merupakan bentuk mantra memuji Allah san Nabi Muhammad (SAW). Seperti persembahan rakyat umumnya, Dikir Barat, dalam amalan tradisional, merupakan sebuah jalan untuk komentar sosial.


Sebuah kumpulan Dikir Barat terdiri dari dua kumpulan yang bertentangan yang menyayikan di-call dan-pola merespon. Setiap pasukan diketuar oleh seorang tukang karut atau penulis lirik yang prestasi dinilai oleh kamampuannya untuk meggubah syair, kemahiran dan kecerdikannya untuk improvisasi. Sementara menyanyi, para anggota kumpulan akan melakukan tindakan tertentu, terutamanya tangan untuk mencerahkan dan meramaikan prestasi.

Friday, July 23, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KELAPAN

Makanan tradisional.
Otak-otak

Otak-otak adalah sejenis makanan tradisional di perkampungan nelayan. Kebiasaannya dimakan ringan di jamuan petang. Terdapat dua jenis otak-otak di Malaysia iaitu, "Otak-otak Terengganu" dan "Otak-otak Johor".


Pada lazimnya, ia dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipah tetapi kini ianya dibungkus dengan kulit popia dan dikenali sebagai 'spring oil'. Kebiasaan otak-otak diperbuatkan daripada isi ikan laut. Bagi ikan air tawar yang sesuai untuk dibuat otak-otak ialah ikan tilapia merah, patin dan keli. Otak-otak yang dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipah perlu dibakar di atas dapur biasa. Ia lebih enak dimakan ketika masih panas.

Thursday, July 22, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KETUJUH




Makanan Tradisional.
Ketupat.

Ketupat, tentunya kita sudah kenal dengan makanan ini kerana setiap Hari Raya AidilFitri, mesti ada ketupat di atas meja makan. Ketupat itu adalah sejenis makanan, yang dibuat oleh nasi yang dibungkus di dalam daun kelapa muda ataupun janur. Umumnya, ketupat identik sebagai hidangan spesial lebara, tradisi ketupat ini diperkirakan berasal dari saat Islam masuk ke tanah Jawa.

Dalam sejarahnya, Sunan Kalijaga adalah orang yang pertama untuk memperkenalkan ketupat kepada masyarakat-masyarakat orang Jawa. Beliau membudayakan dua kali Bakda, iaitu "Bakda Lebaran" dan "Bakda Kupat". Bakda Kupat dimulai seminggu selepas Lebaran. Setelah selesai dimasak, kupat tersebut dihantarkan ke kerabat yang lebih tua, menjadi sebuah lambang kebersamaan.

Ketupat sendiri menurut para ahli memiliki beberapa erti, diantaranya adalah mencerminkan berbagai macam kesalahan manusia, dilihat dari rumitnya anyaman bungkus ketupat. Yang kedua, mencerminkan kebersihan dan kesucian hati setelah mohon ampun dari segala kesalahan, dilihat dari warna putih ketupat jika dibelah dua. Yang ketiga, mencerminkan kesempurnaan, jika dilihat dari bentuk ketupat. Semua itu dihubungkan dengan kemenangan umat Muslim setelah sebulan lamanya berpuasa dan akhirnya menginjah hari yang fitri.

Contoh-contoh ketupat :
1. Ketupat katan kapau
2. Ketupat glabed
3. Ketupat betawi (bebanci)
4. Ketupat blegong (tegal)
5. Ketupat bongko (tegal)
6. Ketupat cabuk ramak (solo)
7. Ketupat/lontong sayur




http://millicent.blogdetik.com/2010/07/09/asaol-usul-ketupat/

Tuesday, July 20, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KEENAM


Makanan tradisional kaum Melayu.

Asal usul Rendang.


Rendang dikenali sebagai makanan tradisional Melayu di seluruh dunia. Tetapi, ramai tidak tahu daripada manakah ia berasal.


Sebenarnya, Rendang itu merupakan masakan asli yang diperkenalkan oleh masyarakat Minagkabau. Masyarakat mereka diperkenalkan sebagai masyarakat yang suka merantau dan berniaga. Kedatangan mereka ke Tanah Melayu sejak dahulu lagi dan mula bertapak di Negeri Sembilan. Maka, dari situlah rendal mula diperkenalkan. Rendang minang, ataupun Padang berwarna kehitaman dan boleh bertahan lama kerana ia menggunakan kerisik dan santan pekat yang agak lebih. Rendang begini selalunya daging buku.


Kerbau adalah salah satu daging yang gemar digunakan oleh orang-orang Minangkabau kerana kerbau begitu berharga memandingkan lembu. Cara-cara untuk bezakan rendang minang dan rendang Melayu ialah bau dan rasanya. Jikalau anda mahu memasak rendang yang boleh tahan lama, anda harus rendangkan dulu santan di bubuh bahan-bahan sehingga naik minyak. Kemudian, barulah anda memasukkan daging dan ramuannya. Rendang yang cepat basi adalah kerana percampuran air darah daging dan santan yang direndang tidak mengikut kaedah yang betul.

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KELIMA


Pantang larang ke atas lelaki.

1. Dilarang bersiul di dalam rumah, nanti ular masuk.
- Pantang larang ini bermaksud bahawa kita tidak patut bersiul di dalam rumah, tidak kira lelaki atau perempuan kerana bersiul itu akan menggangu jiran sebelah.


2. Dilarang mengintai orang mandi,nanti mata ketumbit.
- Pantang larang ini bermaksudkan bahawa seorang lelaki tidak sepatutnya mengintai orang yang sedang bermandi kerana ia bersikap biadap. Dia tidak memberi peribadi kepada orang yang sedang bermandi itu.


3. Dilarang tidur di tengah padang,nanti emak mati.
- Pada bila-bila masa, kita tidak patut tidur di tengah padang kerana jikalau cuaca sedang berhujan,anda boleh mendapat kejutan elektrik apabila ada petir. Juga, katil yang selesa sudah disediakan di rumah.


4. Dilarang ketawa pada waktu Maghrib, nanti hantu datang.
- Pantang ini bermaksud bahawa kami tidak sepatutnya berketawa pada jam-jam sembahyang kerana ia bersikap buruk. Kami patut menunggu untuk azan habis dan bersembahyang.

Monday, July 19, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KEEMPAT


Pantang larang Orang Melayu Tradisional.

Pantang larang orang melayu tradisional merupakan kepercayaan masyarakat melayu zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Kebanyakan adalah bertujuan untuk medidik masyarakat agar mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan. Apa yang disebut bukan untuk dipercayai tetapi untuk dihayati mesej yang tersembunyi di sebaik pantang larang yang telah diperturunkan secara lisan sejak zaman berzaman.


Pantang lantang ke atas perempuan.
Contohnya :


1. Dilarang meyanyi di dapur kerana dipercayai nanti kahwin orang tua.
- Pantang larang ini dimaksudkan, apabila kita berada di dapur, janganlah menyayi kerana ini boleh menggangu jiran sebelah.


2. Dilarang menjahit di badan, nanti tidak lepas hutang.
- Pantang larang ini dimaksudkan bahawa jikalau kita menjahit di badan, takut tercucuk badan diri sendiri dan boleh mencederakan badan anda.


3. Dilarang mencucuk jarum pada waktu malam, nanti didatangi sial.
- Pantang larang ini dimaksudkan, apabila hendak mencucuk jarum, cucuklah pada waktu siang kerana cahaya matahari masih ada. Kalau mencucuk jarum pada waktu malam, sukar untuk mencucuknya kerana tiada cahaya matahari, dan anda boleh tercucuk jari sendiri.


4. Dilarang meletak pinggan di tapak tangan ketika memakan, dikhuatiri nanti akan merampas suami orang.
- Pantang larang ini dimaksudkan, apabila sendang memakan, jangan meletakkan pinggan di tapak tangan keran ia bersikap buruk. Sepatutnya, anda harus meletakkan pinggan itu di atas meja supaya senang untuk memakan.


5. Dilarang pakai baju basah, nanti badan naik kurap.
- Maksud pantang larang ini ialah, jikalau baju itu masih basah, janganlah memakainya. Apabila baju yang basah itu sudah kering, ia akan berbau.


6. Pantang larang bangun lewat, nanti sukar mendapat jodoh.
- Ini dimaksudkan bahawa jikalau anda adalah seorang wanita, janganlah bangun lewat kerana anda sepatutnya bangun awal dan menolong ibu untuk mengemas rumah dan memasak. Jika anda bangun lewat, ibu harus membuat benda-benda itu bersendirian.


7. Dilarang makan berubah tempat, nanti bekahwin ramai.
- Pantang larang ini dimaksudkan, apabila sedang memakan, jangan bertukar-tukar tempat kerana ia bersikap buruk. Kalau sudah duduk di satu tempat, duduk sahaja.

Wednesday, July 14, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KETIGA


Pada zaman dahulu, orang-orang melayu amat mementingkan adat dan sopan santun semasa memakan apabila kami berada di rumah ataupun untuk apa-apa majlis. Ini bukan sahaja untuk pengajaran kami, tetapi ia juga untuk menjaga sopan santun kita.

Contoh-contoh pantang larang untuk makan :

1. Sewaktu memakan, jangan mencangkung ataupun makan nasi di senduk kerana ini dipercayai nanti susah untuk mendapatkan rezeki.
- Pantang larang ini dimaksudkan bahawa ia bersikap buruk jikalau kami mencangkung sambil makan nasi dan tidak elok.

2. Jika anda memakan beras mentah, ia akan menyebabkan anda untuk mendapat penyakit kuning.
- Pantang larang ini dimaksudkan bahawa kita tidak patut memakan nasi yang mentah kerana ia tidak dimasak dan sukar untuk mengunyahkannya.


3. Memakan sambil berjalan akan mendapat penyakit perut.
- Pantang larang ini dimaksudkan bahawa kita tidak sepatutnya memakan sambil berjalan kerana nanti makanan-makanan yang telah kami telankan itu tidak hancur.

4. Tidur selepas makan, akan menyebabkan perut anda untuk mejadi buncit.
- Pantang larang ini dimaksudkan bahawa tidur selepas memakan akan menyebabkan makanan-makanan yang telah kami telankan itu sukar untuk dihancurkan di dalam perut. Ini akan menyebabkan makanan kita tidak hadam.

5. Apabila sedang memakan, jangan berbual jikalau ada makanan di dalam mulut anda kerana ia bersikap buruk.
- Pantang larang ini dimaksudkan bahawa makanan kami harus ditelankan dahulu sebelum berbual kerana berbual semasa mulut penuh dengan makanan akan menyebabkan makanan kami untuk 'keluar' daripada mulut kami dan bersikap buruk.

Selain daripada pantang larang, terdapat pula adab dan tatatertib yang berkaitan dengan makan. Contohnya :

1. Apabila makanan sudah dihidangkan, pastikan orang yang lebih tua dahulu, kemudian diikuti oleh orang muda untuk menduduk ke tempat masing-masing.

2. Anak dara pula harus menyeduk nasi ke dalam pinggan orang tuanya, seperti ibu, bapa, nenek, datuk, kakak dan abang.

3. Ketika memakan, ambillah lauk-pauk yang berhampiran dengan anda. Jangan menjangkau makanan yang sukar dicapai oleh kita. Mintahlah bantuan orang yang berdekatan dengan lauk itu.

4. Apabila habis memakan, tolonglah ibu untuk mengakat makanan sisa yang di atas meja makan kerana kami telah makan apa ibu atau ibu orang lain sudah sediakan.

Tuesday, July 13, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KEDUA


Pantang larang untuk mengandung.


Wanita-wanita yang hamil boleh mendapat pening kepala kerana banyak perkara-perkara yang sebelum ini menjadi kebiasaan terpaksa ditinggalkan dan pada masa yang sama amalan-amalan baru terpaksa diikuti. Mengidam berlaku kerana perubahan hormon pada awal waktu mengandung, mejadikan selera ibu menurun.

Contoh-contoh pantang larang mengandung :

1. Dilarang untuk mengumpat, membuat fitnah, iri hati dan juga bergaduh terutamanya dengan ibu mertua. Perbuatan tersebut dipercayai akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir. Ibu mengandung juga akan mengalami kesulitan semasa melahirkan anak. Yang sebenarnya, tujuannya larangan di sini adalah untuk melahirkan rasa hormat kepada orang tua dan selalunya ibu mertua turut menjaga dan membantu sewaktu dalam pantang.


2. Tidak boleh memukul atau mencederakan binatang kerana dikhuatiri akan menyebabkan anak yang bakal lahir cacat anggota badan.


3. Dilarang untuk keluar rumah pada waktu petang atau malam kerana dikhuatiri hantu akan mengusiknya.


4. Dilarang melihat gerhana bulan ataupun matari kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir akan cacat atau berkulit gelap.


5. Dilarang duduk di anak tangga kerana dipercayai perbuatan ini akan mendatangkan kecelakaan kepada ibu sewaktu hendak melahirkan anak.


6. Suami kepada ibu mengandung pula dilarang meniup seruling atau alat bunyi bunyian kerana dikhuatiri anak yang akan dilahirkan sentiasa menangis.


Monday, July 12, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI PERTAMA

Budaya Melayu


Sejak kecil lagi, ibu saya selalu meyuruh saya untuk menonton cerita Melayu di Suria supaya boleh memahami tentang budaya Melayu kita. Ada beberapa cerita yang berguna untuk saya memahaminya. Contohnya, cerita-cerita seperti Pendekar Bujang Lapok. Ia mengajar saya bahawa silat itu di dalam budaya kita. Ceritanya amat menarik sekali kerana mereka menunjukkan silat itu adalah sukan yang terkenal pada zaman dahulu dan menyokong remaja-remaja atau budak-budak kecil untuk mengambil sukan ini penting untuk masa depan.